Perkenalan Chinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Penyatuan Chinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anakanda Pertama Kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Anakanda Kedua Kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

Raya 1431H

Raya kali ke tiga bagi kami sebagai suami isteri dan raya kedua bagi anakku Muhammad Danish Muqri...Sambutan raya seperti biasa beraya di kampung sebelah suami dahulu di Alai Melaka dan pada sebelah petang raya pertama terus berangkat ke kampung sebelah aku ku Batu Pahat Johor...Alhamdulilah syukur kami kandunganku juga turut beraya yang sudah hampir 18 minggu.







Friday, September 17, 2010

Cuti-cuti Malaysia @ Perak & Pulau Pinang




@ Muzium Perak, Taiping Perak















@ KamaLodge, Taiping Perak

Cuti-cuti pada 14-16 September 2010

Sunday, August 15, 2010

2nd wedding anniversary

Syukur alhamdulilah ari nie genap 2 tahun usia rumah tangga kami...ternyata dengan kehadiran danish dan kehadiran satu lagi nyawa dalam rahim ini membawa seribu rahmat kepada kami sekeluarga...Doakan rumahtangga yang kami bina ini kekal hingga ke akhir hayat kami di samping zuriat keturunan kami...

Thursday, July 22, 2010

Second pregnent

Alhamdulilah setelah hampir setahun yang lalu kini aku hamil kembali untuk anak yang kedua...InsyaAllah danish akan menjadi abang...pagi2 lagi aku ada membuat pregnent test ternyata keputusan yang aku lakukan adalah positif...dan untuk kepastian sekali kami ke klinik untuk melakukan pregnent test dan keputusan nyer sama...

Saturday, July 17, 2010

Ulangtahun Kelahiran 1st 'Muhammad Danish Muqri'
















Alhamdulillah genap setahun umur anakku Muhammad Danish Muqri..seronok walaupun ade sedikit kepenatan...ramai juga kawan-kawan abg ngan aku yang datang selain dari keluarga...majlis bermula pukul 2.00 petang dimulakan bacaan doa selamat...antara makanan yang disediakan oleh emak ku mee kari, bihun sup, nasi impit...Terima kasih semua yang hadir...buat anak ibu 'Muhammad Danish Muqri' ibu doakan danish panjang umur & dimurahkan rezeki,semoga menjadi anak yang soleh kepada ibu dan ayah...nie antara gambar kenangan semasa ulangtahun danish



Monday, June 21, 2010

Persiapan Ulangtahun Kelahiran 1st 'Muhammad Danish Muqri'

Kesibukan memikirkan sambutan hari ulangtahun kelahiran danish yang akan datang x lama lagi...sekejap je masa berlalu rasa macam baru melahirkan danish..seronok gak nak buatkan sambutan hari lahir danish nie...akhirnya seperti yang dirancang bakal terlaksana...sambutan hari ulangtahun danish akan kami sambut di kediaman kami di putrajaya...
bab masak memasak akan di uruskan oleh mak aku sendiri....aku dan suami sibuk dengan jemputan...hahahaha macam nk buat kenduri kahwin lak....kami buat ringkas tapi meriah pun dh ok....seperti yang dirancang tarikh yang bersesuaian adalah pada 10 Julai 2010...ini pula kad jemputan ulangtahun kelahiran danish...

Monday, May 3, 2010

Kursus Induksi Khusus dan Umum Bil 1/2010

Argh....Kursus induksi bosan gler kena pergi gak wajib tuk masa depan aku...kursus kat A'Famosa Resort,Alor Gajah Melaka selama 11 hari mulai 19 April -29 April 2010...Hari ketiga je aku dah mula rasa rindu sgt2 kat danish...tapi alhamdulilah genap seminggu je aku dah dapat jumpe danish sebab danish,abg,mak ngan hakim datang jumpe aku kat A'Famosa Resort,Alor Gajah Melaka...dapat gak la kami bersama sekejap...sebelah malam plak aku ngan semua geng2 induksi dapat tiket free g 'Cowboy town'...kursus nie terlalu sibuk dengan kelas dari pagi sampai malam...bukan itu je pembincangan kumpulan pun ade gak...tapi yang paling membuatkan aku sibuk adalah dengan menyiapkan tugasan wajib ku..pengucapan awam!!!!tapi yang best pada 28 April 2010 abg dah datang sebab terus nak jemput aku balik...rindu sangat kat danish.....

Tuesday, April 13, 2010

Ulangtahun Kelahiran Suami

Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 26 istimewa buat suamiku yang tersayang....tiada ape yang istimewa selain doa dari isteri tercinta...Semoga abg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah...Sayang Abg Rindu Abg...Ibu sayang Ayah Ibu Rindu Ayah...Amin...

Saturday, April 10, 2010

Anak buahku

Alhamdulilah dan tahniah kepada kakakku dan suami kerana dikurniakan seorang cahaya mata lelaki 'Muhammad Emir Mikhail' pada 09 April 2010 jam 4.30pagi...Tahniah daripada aku sekeluarga....Ada beberapa gambar anak buahku yang baru nie....








Saturday, March 27, 2010

Jom Ronda Bersama Danish Muqri

Danish dah ada kereta baru...bukan kereta cume Danish dah dapat walker baru...mana mampu aku belikan Danish kereta,kereta yang ada pun masih lum langsai hutangnye pun...walker nie kami beli kat Sogo KL...lg tambah suke hati la anak ibu nie ngan walker die bukan dapat jalan2 je xp dapat panjat...bahaya jika di tinggalkan keseorangan...



Monday, March 1, 2010

Danish beransur sembuh

Alhamdulilah Danish dah beransur sembuh dari demam...senang hatiku kini...Moga2 Danish lebih berselera untuk makan selepas sembuh demam nie..11 Mac nie aku akan bawak Danish untuk ke medical check up agak2 berapa la berat badan Danish bertambah ke tidak...Ape2pun semoga Danish sihat dan lebih aktif lagi...

Wednesday, February 24, 2010

Danish Muqri demam panas

Danish demam panas...Suhu badan pun agak tinggi...Aku pula terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana menjaga Danish...Semalam aku ade membawa Danish ke klinik...Harap2 dengan makan ubat Danish akan sembuh...Kesian Danish minum susu pun agak kurang dari selalu...tetapi selera makan alhamdulilah ade...xpe la mungkin Danish nak membesar...Doa ibu semoga Danish cepat sembuh seperti sediakala...AMIN...

Sunday, February 21, 2010

Ulangtahun kelahiran Emak ke 50

Hari nie hari ulangtahun kelahiran emak ku yang ke 50...tak ade la wat ape2 sambutan pun cume aku ade membuat surprise dengan hanya membeli kek...ape2pun aku sekeluarga mendoakan semoga emak dipanjangkan umur,sihat dan dimurahkan rezeki...sayang emak selalu...

Thursday, February 18, 2010

Kereta milik adikku dipecah!!!!

Lebih kurang jam 9.30 malam aku mendapat panggilan telefon daripada adikku yang kereta miliknya telah di pecah oleh orang yang tidak dikenali...kejadian berlaku di kawasan rumah orang tua kami di pantai dalam...antara barangan yang telah diambil adalah sebuah laptop peribadi,handphone dan lain-lain barang yang terdapat di dalam beg laptop...dari cerita adikku tujuan dia berhenti di situ adalah untuk memotong rambut tak di sangka benda sebegini akan berlaku...laporan kepada pihak polis juga telah dibuat...
Nie gambar-gambar keadaan kereta miliknya....