Pada 13 November 2008 aku telah disahkan hamil pada usia kandungan 5 minggu...alangkah seronoknye hatiku apabila diberitahu akan kehadiran satu nyawa bersamaku...Due date yang diberikan adalah pada 19 Julai 2009...Sepanjang mengandungkan bayi kami aku tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma muntah2 dan mengalami tekanan darah tinggi pada tahap yang sederhana...Tetapi segal-gala pulih seperti sediakala...Pada 09 Julai 2009 apabila genap 38 minggu aku mengalami tanda-tanda kelahiran...selepas tanda-tanda kelahiran telah ada aku dan suami di suruh oleh orang tua kami untuk ke hospital...Akhirnye dengan perasaan takut aku dibawa ke hospital Putrajaya...Setelah diperiksa doktor mengesahkan bahawa aku akan melahirkan bayi kami pada malam nie juga...Pada pukul 6.30 petang aku di masukkan ke wad bersalin pada setelah mengalami kesakitan untuk bersalin sehingga pada pukul 9.45 malam aku telah melahirkan seorang hamba ciptaan Allah...Kami dikurniakan dengan zuriat lelaki...Alhamdulilah keadaan bayi kami sihat dan cukup sifat...Bayi kami di beri nama 'Muhammad Danish Muqri' yang membawa maksud '"Yang Terpuji Berpengetahuan Bijak Ahli Ibadat"...nama ini juga diberikan oleh ayah danish sendiri...Semoga danish menjadi anak yang soleh,bijak dan taat kepada kami dan pencipta Nya...








No comments:
Post a Comment